11/28/13

buku

Adik dan kakak sudah mula bercuti. Jadi saya mencadangkan adik untuk ke kl mengangkut barang/khazanah yang terkumpul untuk dibawa pulang ke kuantan. tak banyak pun, dua beg baju dan satu,dua,tiga atau mungkin empat kotak buku untuk dibawa pulang. rasa macam sekejap saja duduk kat kl ni, tapi macam banyak pula barang.

saya juga berazam untuk tidak membeli buku buat sementara waktu. dah banyak sangat koleksi novel ni. walaupun kebanyakan novel yang saya beli tidak pula jadi drama slot akasia. hmmm...citarasa berbeza mungkin?

oh tadi cerita nak berhenti beli buku. walaubagaimanapun, saya baru dapat tahu (tipu.dah lama tahu) big bad wolf akan berlangsung di mines, bulan disember ni. selain itu, ada juga pesta buku 1 malaysia di pwtc.




selain itu, JQ ada buku baru. Tambahan pula, saya baru terjumpa penulis (di internet) yang menarik perhatian dan minat saya iaitu Gail Carriger. Pernah dengar steampunk? me neither. inilah genre Gail Calliger. so please tell me now, how can i stop buying books at the moment?oooooooooo.....








No comments: