2/24/14

February, in summary.

Belum habis lagi bulan februari, tapi nak buat ringkasan sekarang juga sebab saya rasa takde perkara menarik akan berlaku sampai hujung bulan ni. kalau ada pun,buat la entry lain kalau rajin.

1. Kalau tiada aral melintang.
Kita hanya mampu merancang, hanya ALLAH yang menentukan. Dua kali perancangan untuk berjumpa terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Punyalah excited planning siap bagitahu satu rumah, baju dah siap gosok sekali tak jadi. Harapan sangat. next time, tak payah plan gempak. semua free?jom jumpa. senang,tangkas dan mudah gitu.

2. Kawan lama tak jumpa
Kawan masa mrsm dulu dipertemukan kembali tanpa disangka. Keluar cerita masa zaman dulu. Dan habit dari dulu sampai sekarang yang kawan detect ialah ' kalau dak jun ni mesti ada botol air sebelah katil. dari sekolah sampai la sekarang'. well, sekarang ni cuaca panas. air kena catu. dehydrated. minum air 8 gelas satu hari. lalala

3. conteng tangan
Kebetulan masa jumpa kawan lama, mereka ternampak kesan dakwat biru pada tangan. bentuk segi empat tepat bengkak bengkok. 'kenapa dengan tangan tu? bosan sampai conteng tangan ke?' jawab saya dalam hati, 'aah.nak pakai inai merah sangat. tak urban. jadi tunjuk art skill guna sharpie biru. abstrak kan?' heh, takdelah nak jawab macam tu. sebenarnya saya jadi subjek kajian anis. beliau menggunakan tangan saya sebagai umpan repellant yang dia buat. habis tangan saya bengkak dan bintat merah ->exaggerate. takde la sampai bengkak pun.

4. makan sedap
disebabkan anis mengidam, terpaksa la meredah chow kit pada hari yang terik dan bahang sampai berpeluh macam pergi marathon demi nak masak olio. ada juga order cheese cake leleh / snow cheese cake /smelty cheese cake. pulun juga cari kat fb and instagram yang cod to kg baru. akhirnya belilah smelty oreo and hershey. memang sedap dan boleh rasa beribu ribu kalori setiap kali suap. tapi ada saya kisah? makan beb makan. saya juga beli sekilo biskut tamtam/bantal dan letak kat meja ruang tamu. modus operandi supaya semua orang makan,jangan diet.muahaha..

tu sajalah cerita bulan februari ni. panjang umur jumpa lagi bulan depan.
tata

Lagu kegemaran : Arctic Monkeys - Do i wanna know & Lorde - Royals

p/s sedang download running man yang latest sebab ada ehem ehem..hihi

2/12/14

nescafe


saya dan anis berkongsi nescafe yang sama. bila dah habis stok, kami bergilir-gilir membelinya. tapi saya saja yang banyak minum ni. anis tanya meratah ke buat bancuh air ni? saya pun keliru juga. masalahnya sekarang ni, kenapa nescafe ni mahal sangat? boleh tak bagi hadiah stok nescafe for my next birthday or friendship day or any upcoming celebrations?

people

There are two kinds of people in this house.
Those who will get married by this year and those who don't.
And I don't.

Tunang dan kahwin
Kawan sekolah rendah
Kawan sekolah menengah
Kawan satu bilik di mrsm
Kawan satu rumah di kl

Am I affected by this wedding things? This should be able to explain the feeling. Daripada penulis kegemaran saya, Nurul Syahida dalam novel yang bakal keluar April ni, Aku Kan Novelis 2 :


Paranoid and ignorant at the same time. Normal tak? haha... tak nak fikir dah. tata!

2/4/14

January, in summary.


Menjadi invigilator (to keep watch over students at an examination) di sebuah universiti swasta berhampiran dengan tempat tinggal. Banyak juga pengalaman menarik, kelakar dan tidak berkenan berlaku sepanjang dua minggu. Muka nak kena garang. Tapi kalau dah student ni kelakar, tak boleh tahan juga muka ketat. Aircond yang sejuk gila menyebabkan lawatan ke toilet menjadi satu kemestian. Ada juga situasi dimana students didendangkan dengan karaoke dari bangunan bersebelahan semasa exam sedang berlangsung. Lagu rock kapak menjadi pilihan. Lagu Siti Nurhaliza pun ada. Tapi pitching memang ke laut.Heh. The best part, bekerja bersama rakan-rakan yang cooperative,rajin dan obsess dengan ayam, sampaikan hari last pun prefer ayam goreng kentaki berbanding pizza.

Seterusnya, acara paling ditunggu pada tahun ini iaitu perkahwinan kawan baik sejak sekolah menengah, merangkap classmate, roommate, gossipmate, kawan susah senang bersama. Perkahwinan Mun & Abonk. Dua pasang kain sebagai dayang-dayang sudah diberi pada tahun lepas sebagai persiapan. Tahniah untuk Mun dan pasangan! Semoga perkahwinan ini kekal bahagia ke akhir hayat. Insya ALLAH. Sayangnya mast tak dapat datang. Hope for the next wedding, all of us will be there. Isunya sekarang, who’s next? Jeng Jeng Jeng!!!



credit pic to https://www.facebook.com/andaq.photography



credit pic to : Pn. Norma

Selepas gembira kahwin kahwin (as if saya pula yang kahwin,heh ) next agenda is archery! Dah beli lama kupon archery from groupOn, baru sekarang ni la ada kesempatan nak pergi. Kalau takde groupOn ni, memang tak merasa la nak main archery yang mahal ni. Baik main “guess the emoji’. Bersama nisaq (dia lagi.takde orang lain ke?nanti saq dah kahwin nak ajak siapa pulak?nangis di hujung corner kejap) kami pun pergi ke times. Rasa lama dah tak pergi times ni. Rasa nak shopping lebih membuak buak daripada nak main archery ni. Tak fokus!! Pengalaman pertama main panah-panah dengan feeling macam legolas or katniss ni menarik juga. Tapi berat juga equipment ni. First set guna yang adult size. Second set give up terus guna yang lebih ringan (akak tu cakap ‘oh, yang saiz budak-budak tu ya’.perghh, lemah sangat tangan kau ni,tapi peduli apa). Boleh tahan juga hasil panahan ni walaupun ke dinding. Tapi nisaq lagi hebat la. Dan keesokan harinya, bangun tidur tangan dan bahu memang sakitlah.


credit pic to : nisaq


Bulan ni juga dapatlah merasa seoul garden. Dah lama janji dengan anis, dari tahun lepas lagi, akhirnya dapat juga pergi. Anis cakap kalau cancel juga mau dia merajuk. Tak boleh bayang anis merajuk macam mana. Dah lah bajet obsess dengan anis (bak kata nisaq). Sambil makan sambil berborak tentang falsafah kehidupan (dia kan tengah buat doktor falsafah sekarang). Anis cakap dah habis nanti jangan lupakan dia (auwwww….terharu.rasa nak record je time tu) then dia minta url blog.jajangg..mesti lah tak bagi.tolong jangan bagitahu anis.malu ah nanti.

Lagu kegemaran bulan ini : Peppermoon – Peu a Peu