Menjadi invigilator (to keep
watch over students at an examination) di sebuah universiti swasta berhampiran
dengan tempat tinggal. Banyak juga pengalaman menarik, kelakar dan tidak
berkenan berlaku sepanjang dua minggu. Muka nak kena garang. Tapi kalau dah
student ni kelakar, tak boleh tahan juga muka ketat. Aircond yang sejuk gila
menyebabkan lawatan ke toilet menjadi satu kemestian. Ada juga situasi dimana
students didendangkan dengan karaoke dari bangunan bersebelahan semasa exam sedang
berlangsung. Lagu rock kapak menjadi pilihan. Lagu Siti Nurhaliza pun ada. Tapi
pitching memang ke laut.Heh. The best part, bekerja bersama rakan-rakan yang
cooperative,rajin dan obsess dengan ayam, sampaikan hari last pun prefer ayam
goreng kentaki berbanding pizza.
Seterusnya, acara paling ditunggu
pada tahun ini iaitu perkahwinan kawan baik sejak sekolah menengah, merangkap
classmate, roommate, gossipmate, kawan susah senang bersama. Perkahwinan Mun
& Abonk. Dua pasang kain sebagai dayang-dayang sudah diberi pada tahun
lepas sebagai persiapan. Tahniah untuk Mun dan pasangan! Semoga perkahwinan ini
kekal bahagia ke akhir hayat. Insya ALLAH. Sayangnya mast tak dapat datang.
Hope for the next wedding, all of us will be there. Isunya sekarang, who’s next?
Jeng Jeng Jeng!!!
credit pic to https://www.facebook.com/andaq.photography
credit pic to : Pn. Norma
Selepas gembira kahwin kahwin (as
if saya pula yang kahwin,heh ) next agenda is archery! Dah beli lama kupon
archery from groupOn, baru sekarang ni la ada kesempatan nak pergi. Kalau takde
groupOn ni, memang tak merasa la nak main archery yang mahal ni. Baik main
“guess the emoji’. Bersama nisaq (dia lagi.takde orang lain ke?nanti saq dah
kahwin nak ajak siapa pulak?nangis di hujung corner kejap) kami pun pergi ke
times. Rasa lama dah tak pergi times ni. Rasa nak shopping lebih membuak buak
daripada nak main archery ni. Tak fokus!! Pengalaman pertama main panah-panah
dengan feeling macam legolas or katniss ni menarik juga. Tapi berat juga
equipment ni. First set guna yang adult size. Second set give up terus guna
yang lebih ringan (akak tu cakap ‘oh, yang saiz budak-budak tu ya’.perghh,
lemah sangat tangan kau ni,tapi peduli apa). Boleh tahan juga hasil panahan ni
walaupun ke dinding. Tapi nisaq lagi hebat la. Dan keesokan harinya, bangun
tidur tangan dan bahu memang sakitlah.
Bulan ni juga dapatlah merasa
seoul garden. Dah lama janji dengan anis, dari tahun lepas lagi, akhirnya dapat
juga pergi. Anis cakap kalau cancel juga mau dia merajuk. Tak boleh bayang anis
merajuk macam mana. Dah lah bajet obsess dengan anis (bak kata nisaq). Sambil
makan sambil berborak tentang falsafah kehidupan (dia kan tengah buat doktor
falsafah sekarang). Anis cakap dah habis nanti jangan lupakan dia
(auwwww….terharu.rasa nak record je time tu) then dia minta url
blog.jajangg..mesti lah tak bagi.tolong jangan bagitahu anis.malu ah
nanti.
Lagu kegemaran bulan ini :
Peppermoon – Peu a Peu
No comments:
Post a Comment