12/24/13

mental age


Disebabkan terpengaruh dengan rakan, 
saya pun buat mental age test and the result..
jajanggggg!!! 


41? Macam tua sangat ni. 
Macam tak reliable saja test ni.
Tapi perasan tak " Sophisticated " ?

adjective : having, revealing, or involving a great deal of worldly experience and knowledge of fashion and culture.

Sophistication is a mix of knowing when a joke's over, caring somewhat about the consequences of your actions, talking about something of reasonable importance, having a good dose of common sense, not letting your immediate reactions control your life and knowing how much information is TOO much information.




12/23/13

cuba lagi



dah cuba berkali kali
masih tak menjadi jadi
tapi ku tak patah hati
tiap kali gagal aku cuba lagi
aku cuba lagi
aku cuba lagi
hanya yang lemah kan lari

12/21/13

kantoi

rasa macam kelakar ada,kebetulan pun ada.kawan kawan yang kantoi dengan saya.kantoi as in to be in a relationship that they try to hide or maybe belum mahu cerita. ada yang kantoi via fb disebabkan kebetulan i was online at that time.ada yang kantoi dekat times masa tengah jalan nak cari tempat makan. ada yang kantoi dekat LINE. ada juga yang tersalah call. of all people,kenapa call saya?hahaha

dan saya yang cepat excited ni terus je cerita kat orang lain/bahan/pretend tak tahu apa apa.maafkan saya.memang salah saya! i will pray for you and you and sesiapa yang terlibat dalam kejadian ini.

am i going to get kantoi too?that's funny coz me iz zingle burgzer now.

jual

Bila sudah siap menyusun buku di rak dan menyimpan sebahagiannya ke dalam kotak, rasanya macam nak jual saja buku yang tak dibaca atau baca sekali terus tak minat. Buku-buku yang saya suka simpan je sampai tua. Kalau dah jual buku lama, boleh beli banyak lagi buku baru. 

Satu lagi pengajaran yang perlu diambil dan dipraktikkan, beli buku berdasarkan penulisnya. Sebab bila beli buku bukan daripada penulis kegemaran, saya kurang/tidak membaca buku tersebut lantas menyebabkan pembaziran. Ada buku yang dibeli sebab penulisnya popular, sebab bukunya sangat laris di pasaran dan juga disebabkan perasaan luar kawalan. Jadi, selepas ni beli buku yang betul-betul akan dibaca sahaja!

Selepas ini, bolehlah mulakan penjualan buku-buku terpakai. Siapa nak beli sila hubungi saya. cewahhh... Tak pandai pula nak buat promosi ni. Perlu ke buat car boot sale? Ataupun bentang tikar dekat tasik titiwangsa? Buku-buku dekat kuantan tu, jual dekat uia la. Best juga idea ni. Hmm.....

12/16/13

why?

 

'nuff said.

p/s : wish list yang dipenuhi dengan tajuk buku ini bila nak settle?hmm..



12/13/13

frasa

beberapa frasa kegemaran yang selalu dituturkan dalam kehidupan seharian.

1. kau ni dah kenapa? (muka annoying)

2. fokus boleh tak? (muka garang)

3. apa kau merepek ni? (muka tak boleh blah)

4. laparlah pulak! (muka laparlah)

5. tampor kang! (tangan kat muka)

6. positif giler! (muka sinis)

7. hmm..tengoklah camne (muka malas nak fikir)

setakat ni sahaja.kalau ada lagi bolehlah update.kalau rajin la.

non-OCD

Pada suatu hari, nisaq ajak teman beliau pergi aidijuma untuk beli tudung. saya pun dengan pasrahnya gembiranya menemani beliau ke pasar seni. di aidijuma, banyak pula tudung cantik, menarik dengan harga yang affordable (white lace). sambil nisaq memilih tudung untuk kakak-kakak beliau, saya pun memilih tudung juga.tanpa disedari, saya telah menolong melipat tudung dan menggantungkan semula tudung yang telah dibuka oleh pelanggan lain sementara menunggu nisaq. 

Pada suatu petang, saya menemani Fana ke BBW. ini kali ketiga saya ke BBW dalam masa seminggu. rajin betul teman orang pergi pesta buku. sambil menunggu Fana memilih buku, saya usha juga buku-buku yang tak perasan masa pergi 1s and 2nd time. Tapi tak boleh usha lebih,nanti terbeli lagi. buku kat rumah dah berlambak ni. Fana yang telah memilih buku, berdiri di sebelah saya yang sedang usha buku masakan. " Jun susun buku ke?" soal Fana. Huh? saya telah membantu menyusun buku di bahagian buku masakan.

Saya bukan OCD. meja study sendiri pun serabut je. tak percaya tanya orang sebelah saya. tapi boleh pula tolong susun barang dekat kedai orang. hmm...


12/12/13

nasib baik

saya ada lesen L je. mak suggest kasi setel supaya dapat lesen P dan boleh memandu dengan yakin. dan adik kinah tolong menyampaikan pesan mak. nasib baik mak tak pesan benda lain.

12/10/13

lagu

Dalam sebuah kereta silver, di pagi hari, di mana trafik bergerak lancar.
Ada lagu berkumandang di corong radio.

Dia : Best juga lagu-lagu yang dimainkan di radio ni.

Saya : Errr, tak tahu la lagu ni. Saya jarang dengar radio ni.

Dia : Ni mesti dengar lagu Kpop je kan?

Saya : Hahaha... Saya layan juga la One republic, Imagine Dragons etc..

Dan kami suka lagu yang sama!






12/9/13

paradoks


Daya ingatan saya boleh tahan kuat. kata orang, kalau fokus tu Insya ALLAH boleh ingat sampai bila-bila. tarikh penting, nombor penting seperti ic parents yang lama dan baru, no telefon rumah lama yang dah pindah lepas tadika pun saya masih ingat. 

tapi hari ini, bak kata nisaq, paradoks. selalunya saya yang bahan nisaq paradoks sebab, well tak perlu cerita kot. nanti jadi novel pulak. hari ni, dengan tahap keyakinan yang tinggi saya mengajak nisaq ke P**M. bila pergi je macam takde event apa pun dekat P**C. malah gelap sahaja tingkat atas. bila tengok dekat noticeboard baru perasan tarikh sebenar. malu. depresi. kecewa. lapar. mengeluh. gelakkan diri sendiri. 

so nak pergi ke tidak pada tarikh yang sebenar ni? hmmm...