Bila sudah siap menyusun buku di rak dan menyimpan sebahagiannya ke dalam kotak, rasanya macam nak jual saja buku yang tak dibaca atau baca sekali terus tak minat. Buku-buku yang saya suka simpan je sampai tua. Kalau dah jual buku lama, boleh beli banyak lagi buku baru.
Satu lagi pengajaran yang perlu diambil dan dipraktikkan, beli buku berdasarkan penulisnya. Sebab bila beli buku bukan daripada penulis kegemaran, saya kurang/tidak membaca buku tersebut lantas menyebabkan pembaziran. Ada buku yang dibeli sebab penulisnya popular, sebab bukunya sangat laris di pasaran dan juga disebabkan perasaan luar kawalan. Jadi, selepas ni beli buku yang betul-betul akan dibaca sahaja!
Selepas ini, bolehlah mulakan penjualan buku-buku terpakai. Siapa nak beli sila hubungi saya. cewahhh... Tak pandai pula nak buat promosi ni. Perlu ke buat car boot sale? Ataupun bentang tikar dekat tasik titiwangsa? Buku-buku dekat kuantan tu, jual dekat uia la. Best juga idea ni. Hmm.....
No comments:
Post a Comment