Pada suatu hari, nisaq ajak teman beliau pergi aidijuma untuk beli tudung. saya pun dengan pasrahnya gembiranya menemani beliau ke pasar seni. di aidijuma, banyak pula tudung cantik, menarik dengan harga yang affordable (white lace). sambil nisaq memilih tudung untuk kakak-kakak beliau, saya pun memilih tudung juga.tanpa disedari, saya telah menolong melipat tudung dan menggantungkan semula tudung yang telah dibuka oleh pelanggan lain sementara menunggu nisaq.
Pada suatu petang, saya menemani Fana ke BBW. ini kali ketiga saya ke BBW dalam masa seminggu. rajin betul teman orang pergi pesta buku. sambil menunggu Fana memilih buku, saya usha juga buku-buku yang tak perasan masa pergi 1s and 2nd time. Tapi tak boleh usha lebih,nanti terbeli lagi. buku kat rumah dah berlambak ni. Fana yang telah memilih buku, berdiri di sebelah saya yang sedang usha buku masakan. " Jun susun buku ke?" soal Fana. Huh? saya telah membantu menyusun buku di bahagian buku masakan.
Saya bukan OCD. meja study sendiri pun serabut je. tak percaya tanya orang sebelah saya. tapi boleh pula tolong susun barang dekat kedai orang. hmm...
No comments:
Post a Comment