12/24/13

mental age


Disebabkan terpengaruh dengan rakan, 
saya pun buat mental age test and the result..
jajanggggg!!! 


41? Macam tua sangat ni. 
Macam tak reliable saja test ni.
Tapi perasan tak " Sophisticated " ?

adjective : having, revealing, or involving a great deal of worldly experience and knowledge of fashion and culture.

Sophistication is a mix of knowing when a joke's over, caring somewhat about the consequences of your actions, talking about something of reasonable importance, having a good dose of common sense, not letting your immediate reactions control your life and knowing how much information is TOO much information.




12/23/13

cuba lagi



dah cuba berkali kali
masih tak menjadi jadi
tapi ku tak patah hati
tiap kali gagal aku cuba lagi
aku cuba lagi
aku cuba lagi
hanya yang lemah kan lari

12/21/13

kantoi

rasa macam kelakar ada,kebetulan pun ada.kawan kawan yang kantoi dengan saya.kantoi as in to be in a relationship that they try to hide or maybe belum mahu cerita. ada yang kantoi via fb disebabkan kebetulan i was online at that time.ada yang kantoi dekat times masa tengah jalan nak cari tempat makan. ada yang kantoi dekat LINE. ada juga yang tersalah call. of all people,kenapa call saya?hahaha

dan saya yang cepat excited ni terus je cerita kat orang lain/bahan/pretend tak tahu apa apa.maafkan saya.memang salah saya! i will pray for you and you and sesiapa yang terlibat dalam kejadian ini.

am i going to get kantoi too?that's funny coz me iz zingle burgzer now.

jual

Bila sudah siap menyusun buku di rak dan menyimpan sebahagiannya ke dalam kotak, rasanya macam nak jual saja buku yang tak dibaca atau baca sekali terus tak minat. Buku-buku yang saya suka simpan je sampai tua. Kalau dah jual buku lama, boleh beli banyak lagi buku baru. 

Satu lagi pengajaran yang perlu diambil dan dipraktikkan, beli buku berdasarkan penulisnya. Sebab bila beli buku bukan daripada penulis kegemaran, saya kurang/tidak membaca buku tersebut lantas menyebabkan pembaziran. Ada buku yang dibeli sebab penulisnya popular, sebab bukunya sangat laris di pasaran dan juga disebabkan perasaan luar kawalan. Jadi, selepas ni beli buku yang betul-betul akan dibaca sahaja!

Selepas ini, bolehlah mulakan penjualan buku-buku terpakai. Siapa nak beli sila hubungi saya. cewahhh... Tak pandai pula nak buat promosi ni. Perlu ke buat car boot sale? Ataupun bentang tikar dekat tasik titiwangsa? Buku-buku dekat kuantan tu, jual dekat uia la. Best juga idea ni. Hmm.....

12/16/13

why?

 

'nuff said.

p/s : wish list yang dipenuhi dengan tajuk buku ini bila nak settle?hmm..



12/13/13

frasa

beberapa frasa kegemaran yang selalu dituturkan dalam kehidupan seharian.

1. kau ni dah kenapa? (muka annoying)

2. fokus boleh tak? (muka garang)

3. apa kau merepek ni? (muka tak boleh blah)

4. laparlah pulak! (muka laparlah)

5. tampor kang! (tangan kat muka)

6. positif giler! (muka sinis)

7. hmm..tengoklah camne (muka malas nak fikir)

setakat ni sahaja.kalau ada lagi bolehlah update.kalau rajin la.

non-OCD

Pada suatu hari, nisaq ajak teman beliau pergi aidijuma untuk beli tudung. saya pun dengan pasrahnya gembiranya menemani beliau ke pasar seni. di aidijuma, banyak pula tudung cantik, menarik dengan harga yang affordable (white lace). sambil nisaq memilih tudung untuk kakak-kakak beliau, saya pun memilih tudung juga.tanpa disedari, saya telah menolong melipat tudung dan menggantungkan semula tudung yang telah dibuka oleh pelanggan lain sementara menunggu nisaq. 

Pada suatu petang, saya menemani Fana ke BBW. ini kali ketiga saya ke BBW dalam masa seminggu. rajin betul teman orang pergi pesta buku. sambil menunggu Fana memilih buku, saya usha juga buku-buku yang tak perasan masa pergi 1s and 2nd time. Tapi tak boleh usha lebih,nanti terbeli lagi. buku kat rumah dah berlambak ni. Fana yang telah memilih buku, berdiri di sebelah saya yang sedang usha buku masakan. " Jun susun buku ke?" soal Fana. Huh? saya telah membantu menyusun buku di bahagian buku masakan.

Saya bukan OCD. meja study sendiri pun serabut je. tak percaya tanya orang sebelah saya. tapi boleh pula tolong susun barang dekat kedai orang. hmm...


12/12/13

nasib baik

saya ada lesen L je. mak suggest kasi setel supaya dapat lesen P dan boleh memandu dengan yakin. dan adik kinah tolong menyampaikan pesan mak. nasib baik mak tak pesan benda lain.

12/10/13

lagu

Dalam sebuah kereta silver, di pagi hari, di mana trafik bergerak lancar.
Ada lagu berkumandang di corong radio.

Dia : Best juga lagu-lagu yang dimainkan di radio ni.

Saya : Errr, tak tahu la lagu ni. Saya jarang dengar radio ni.

Dia : Ni mesti dengar lagu Kpop je kan?

Saya : Hahaha... Saya layan juga la One republic, Imagine Dragons etc..

Dan kami suka lagu yang sama!






12/9/13

paradoks


Daya ingatan saya boleh tahan kuat. kata orang, kalau fokus tu Insya ALLAH boleh ingat sampai bila-bila. tarikh penting, nombor penting seperti ic parents yang lama dan baru, no telefon rumah lama yang dah pindah lepas tadika pun saya masih ingat. 

tapi hari ini, bak kata nisaq, paradoks. selalunya saya yang bahan nisaq paradoks sebab, well tak perlu cerita kot. nanti jadi novel pulak. hari ni, dengan tahap keyakinan yang tinggi saya mengajak nisaq ke P**M. bila pergi je macam takde event apa pun dekat P**C. malah gelap sahaja tingkat atas. bila tengok dekat noticeboard baru perasan tarikh sebenar. malu. depresi. kecewa. lapar. mengeluh. gelakkan diri sendiri. 

so nak pergi ke tidak pada tarikh yang sebenar ni? hmmm...

11/30/13

tiga benda

soalnya hati.nurul syahida.buku prima.

travel


mestilah ada rasa nak travel.paling kurang settle sem malaysia,sabah dan sarawak.then jepun.

anis cakap nak pergi jepun mahal.anis suggest kerja kat arab few years dan bila dah banyak duit boleh pergi jepun. panas,laju je aku jawab. dan beberapa alasan lain.aku rasa anis dah give up nak layan aku.sebab tu anis lari pergi beijing. rasanyalah..

p/s typo dan imaginasi yang melampau boleh menyebabkan halusinasi.minta dijauhkan.

hampir dua tahun bersama. harapnya anis takkan jumpa blog ni.kalau jumpa aku tahu nak cubit siapa nanti.

11/28/13

buku

Adik dan kakak sudah mula bercuti. Jadi saya mencadangkan adik untuk ke kl mengangkut barang/khazanah yang terkumpul untuk dibawa pulang ke kuantan. tak banyak pun, dua beg baju dan satu,dua,tiga atau mungkin empat kotak buku untuk dibawa pulang. rasa macam sekejap saja duduk kat kl ni, tapi macam banyak pula barang.

saya juga berazam untuk tidak membeli buku buat sementara waktu. dah banyak sangat koleksi novel ni. walaupun kebanyakan novel yang saya beli tidak pula jadi drama slot akasia. hmmm...citarasa berbeza mungkin?

oh tadi cerita nak berhenti beli buku. walaubagaimanapun, saya baru dapat tahu (tipu.dah lama tahu) big bad wolf akan berlangsung di mines, bulan disember ni. selain itu, ada juga pesta buku 1 malaysia di pwtc.




selain itu, JQ ada buku baru. Tambahan pula, saya baru terjumpa penulis (di internet) yang menarik perhatian dan minat saya iaitu Gail Carriger. Pernah dengar steampunk? me neither. inilah genre Gail Calliger. so please tell me now, how can i stop buying books at the moment?oooooooooo.....








11/27/13

masak

bila la nak rajin macam ni.again.

11/25/13

apa itu kasih

kasih seorang ibu.
masak serunding untuk bekalan anak yang jauh di perantauan.nampak simple tapi tahu tak kompleksnya nak buat serunding?nak cari kelapa,mesin kelapa,perah santan,rebus ayam,carik ayam and masak serunding.patutlah harga serunding mahal.

kasih seorang kakak.sambil kacau serunding sambil membebel dan tanya mak dah masak ke belum,kesat peluh,kacau lagi serunding,buat senaman kaki dan tanya mak lagi dan kacau lagi sampai serunding betul2 kering.

11/4/13

the reason

stop your speculation.
here is the reason.
ask her no more.

10/4/13

silent

semakin canggih teknologi,semakin canggih komunikasi.semakin banyak medium komunikasi seperti facebook,whatsapp,LINE (dan lain lain yang install dan uninstall sebab tak guna pun). semakin banyak group dibuat. sampai boleh keliru dan tersalah hantar mesej.

and here i am, a silent reader. saya baca tapi tak respons unless important and bila ada mood. kalau semua orang nak bercerita,siapa yang nak dengar kan? dan jangan rasa cuak pula kalau saya ingat je or pinpoint any conversation. silent reader,i am.

keep calm and carry on the conversation

regency

current obsession. learn more english term and sarcasm.

10/3/13

telefon

perasaan bila dapat cakap telefon dengan mak dan keluarga ni lain macam tahu. dapat bercerita tentang random things. kalau nak digambarkan perasaan ini adalah seperti melihat dan menyentuh pelangi,bintang berkelip dan bunga matahari kembang.

ps : saya tak homesick!!

10/2/13

ob.li.vi.on

drama

       we are the drama..*flipshawl*

art for grab

bersama syikin,kami berdua ke pasar seni, annexe gallery lebih tepat lagi. untuk kali kedua kami pergi event ini. kali ni lebih singkat masa untuk usha sebab banyak buku yang sama masa pergi kali pertama. pertama kali juga solat di surau pasar seni, di bahagian rooftop. tetiba teringat rooftop rant (hlovate fans haruslah tahu). menariknya ada bau ayam goreng kat surau ni sebab ada kedai kentaki kat bangunan belakang.

seterusnya lepas habiskan 1 jam lebih kat event,singgah ke aidijuma.cantik pula tudung corak rerama.tunggu sale nanti kita beli ya.

next station kl sentral. makan, chatime seround, usha coklat, then usha kedai buku kat tingkat 2. boleh tahan stok buku kat situ.berbaloi juga kalau nak singgah lagi. ada komik detektif conan dijual secara murahan. teringat masa kat mrsm dulu, seorang beli komik conan terus cop nak after. zaman remaja ni memang rasa curious kot. tu pasal kena baca komik conan.lepas tu bincangkan secara berkumpulan. kalau tak baca rasa macam ketinggalan sangat.ni masa lower form. dah upper form baca novel pulak.tipu je. dari form 1 lagi baca novel.

dari art for grab hingga ke detektif conan. nampak tak kerawakan di situ?

berkumpul di kuala

gembira rasanya bila adik saya berkumpul di kuala.seorang di upm. seorang lagi di upnm. lepas ni mungkin boleh bawa mak pergi jalan jalan kat sogo pula.

kenangan

bila kawan sekolah rendah buat facebook group rasa gembira dan cuak pulak. harap takde gambar kenangan diupload. terutamanya gambar hari penyampaian hadiah. bukan sebab dapat hadiah atau tidak,tapi sebab persembahan wakil setiap darjah.it just soooooooo wrong?(not sure the right term)

9/16/13

mind




great minds think alike
(fools seldom differ)


" peti sejuk dua pintu"

pffftttt...


komunikasi



this is how we communicate.
normally like this.
kalau cakap sopan sopan rasa macam awkward.

so,
can i find a life long partner macam ni?


p/s : nisaq tolong doakan yang baik baik untuk aku boleh tak?
(non-smoker dan tak garang)

9/5/13

random : game

orang lain sibuk main game candy crush.saya pula sibuk main anipang secara syok sendiri.

game smartphone nak main boleh sahaja.game real life ni macam mana?confirm boleh rank no 1?in what aspect?now or hereafter?ingat boleh minta nyawa extra macam game ciptaan manusia ni?

sambung main game lagi. berpegang kata, ignorance is a bliss.pfftt..

psstttt..secret!

ps-any of it.typo.

3/12/13

peraturan dunia wanita

" Mungkin pemuda ini tidak tahu peraturan dunia wanita. Apabila seorang gadis memperkenalkan anda kepada rakan karibnya, ia adalah satu perkara besar dalam dunia hubungan kewanitaan. Ia bermaksud anda merupakan seorang yang cukup penting padanya dan dia mahu berkongsi perasaan itu dengan sahabat karibnya. "
                     (Nurul Syahida, Aku Kan Novelis, 2010)


Berikut merupakan petikan daripada salah satu novel kegemaran saya. Apa pendapat anda?Benarkah pernyataan tersebut? Saya rasa sangat benar. Saya telah diperkenalkan oleh kawan-kawan karib dengan teman mereka. Melihat dengan mata sendiri dan berkomunikasi dengan teman istimewa itu. 

what my friend thought : 
inilah orang yang aku jumpa tu
is he okay?
he is the one that made me smile, unconsciously.
dia yang buat mata aku bengkak last week sebab salah faham perkara kecil punya hal
he is the one, yang akan salam tangan tok kadi saying my name

dan aku pula :
dia nampak baik
dia buat kawan aku tersenyum
dia ni, kelakar juga ye
my friend is happy, me is happy too

I am certainly not saying that I'm perfect and have very keen eye to judge people. It is just gut feelings/instinct/sixth sense. Covalent bond of friendship, i guess?

Kalau wanita itu tidak memperkenalkan teman istimewa kepada kawannya, mungkin ada beberapa sebab
1. not confident enough
2. teman istimewa never declare anything, suatu hubungan yang tergantung mungkin
3. dia anggap kawan sahaja (friend-zone)
4. dia takde kawan lain? (very very very an introvert person)
5. complicated reasons.

And yet, men have always found it really difficult to understand women. Hmmm...